Kelebihan Susu Ibu

Seringkali tertanya, mengapa susu ibu sangat baik untuk si anak?

- Mempunyai antibodi tidak seperti susu tepung. Jadi untuk beberapa bulan pertama yang kritikal, bayi anda akan dilindungi terutamanya dari kembung perut, jangkitan telinga, jangkitan pundi kencing atau pun demam.

- Oleh kerana susu ibu adalah semulajadi, maka ianya juga boleh mengurangkan allergic atau alahan pada bayi anda seperti asma dan ekzema.

- Paling baik adalah susu ibu sangat bagus untuk perkembangan otak. Penyusuan eksklusif akan merangsang dan mempertingkatkan pertumbuhan cognitif bayi. Jadi bayi juga lebih cerdik.

- Untuk ibu yang menyusu, akan mengurangkan risiko anda diserang kanser ovari, kanser payudara atau sakit yang serius di kemudian hari.

- Susu ibu tidak perlu disteril, tidak perlu dibasuh, maka ianya mudah, bila-bila masa boleh berikan pada bayi tanpa tercemar.

Dengan menyusu badan juga akan menguatkan "bonding" antara ibu dan anak. "Bonding" yang terjadi hasil penyusuan susu badan tidak dapat dibanding.

Siapa kata menyusukan bayi adalah susah? Mahukan yang terbaik, pasti kena buat yang terbaik!

Happy Breastfeeding !